China Memacu 'Kuasa Produktif Kualiti Baharu' dalam Pembangunan Negara

2024-07-21 15:47:18  CRI
Share with:

Sidang Pleno ketiga Jawatankuasa Pusat ke-20 Parti Komunis China (PKC) yang diadakan mutakhir ini telah menggariskan rangka tindakan baharu untuk memperhalusi pelaksanaan skim pembaharuan secara menyeluruh, dan menunjukkan bahawa hendaklah menyempurnakan sistem dan mekanisme yang serasi dengan ekosistem tempatan bagi mengembangkan 'kuasa produktif kualiti baharu'.


Penganalisis percaya bahawa ini mencerminkan China bertekad memperbaiki ekosistem dari segi institusi untuk memupuk, membangunkan dan memacu  'kuasa produktif kualiti baharu' melalui pelaksanaan skim pembaharuan yang berkaitan, sekali gus menjadikannya penggerak kuat bagi merealisasikan pembangunan berkualiti dan memajukan pembinaan pemodenan ala China.

Pembangunan 'kuasa produktif kualiti baharu' yang bukan hanya mempunyai kaitan dengan dasar ekonomi dan perindustrian, memerlukan sokongan padu dari pelaksanaan skim pembaharuan yang semakin diperincikan, dari segi institusi yang semakin disempurnakan membabitkan ekonomi, sains dan teknologi serta modal insan, dari peningkatan tahap keterbukaan dan dari landskap antarabangsa yang semakin kondusif.


Transformasi ke arah 'baharu' dan 'hijau' kelihatan semakin ketara dalam ekonomi China pacuan 'kuasa produktif kualiti baharu', menurut satu laporan situasi ekonomi bagi tempoh separuh tahun pertama tahun 2024 yang disiarkan baru-baru ini.


Bagi konglomerat asing, konsep 'kuasa produktif kualiti baharu' yang sudah dimasyarakatkan itu bermakna bahawa akan muncul peluang pasaran dalam bilangan besar, dan mereka boleh mendapat pulangan yang melimpah jika memperincikan urus niaga dalam pasaran negara gergasi ini,  memfokuskan kepada teknologi, keperluan, dan format perniagaan yang baharu, serta melibatkan diri dalam pembinaan modenisasi ala China.