Kurier China Layakkan diri ke Maraton Sukan Olimpik 2024
Acara maraton bagi kategori pelari amatur ditawarkan buat kali pertama dalam sejarah Sukan Olimpik, iaitu dalam Sukan Olimpik 2024 yang bakal dirasmikan tidak lama lagi di Paris. Terdapat seramai lebih 40 ribu orang dari 800 ribu orang yang terdafatr dalam senario global yang disifatkan 'bernasib baik' kerana terpilih untuk beraksi dalam kejohanan tersebut. Ini termasuk seorang kurier berumur 39 tahun yang bertugas di Beijing, Luan Yushuai.
Luan membesar di kawasan pergunungan di kawasan bahagian timur laut China, dan sejak kecil lagi sudah menunjukkan bakatnya dalam bidang sukan. Sebelum menjadi seorang kurier, beliau pernah bertugas sebagai pelayan restoran, pekerja di tapak pembinaan dan penjual di pasar.
Kariernya sebagai seorang kurier di Beijing bermula pada 2015. Pada 2017, Luan buat kali pertama menyertai kejohanan maraton dan menyelesaiakn sepanjang larian dengan menggunakan lebih 4 jam.
Kemudian melalui latihan selama dua tahun, Luan berjaya mencapai taraf atlet kelas pertama di peringkat kebangsaan. Pencapaiannya yang terbaik dalam acara maraton adalah dua jam 25 minit 55 saat. Setelah menobatkan diri dalam kategori pelari amatur dalam Kejohanan Maraton Separuh Perjalanan Beijing 2021, Luan turut mendapat gelaran sebagai "kurier yang berlari paling cepat".
Luan yang mempunyai pengalaman pernah beraksi dalam lebih 40 kejohanan maraton, berasa begitu teruja pada masa sekarang kerana berjaya melayakkan diri sebagai seorang pelari amatur untuk menunjukkan prestasi terbaik di pentas maraton Sukan Olimpik 2024 di Paris.