Ramai Orang Muda Tertarik dengan Kafeteria Kendalian Farmasi Tradisional

2024-07-22 15:18:48  CRI
Share with:


Musim panas sinonim dengan suasana riuh rendah di blok Baitasi di tengah-tengah bandar Beijing. Kuil Baitasi yang mempunyai satu pagoda yang berwarna putih dan tembok pekarangan yang berwarna merah terkenal sebagai satu lokasi tumpuan pelancong yang berminat mengambil gambar. Pemuda-pemudi yang bergambar di hadapan kuil itu tidak sedikit pada setiap petang, walaupun bermandikan cahaya matahari yang panas. Waktu berasa letih, mereka cenderung mendatangi satu kafeteria yang bernama "Yaokafei" yang terletak berhampiran kuih Baitasi.

Kafeteria itu sebenarnya berada di bawah kendalian satu farmasi tradisional Cina yang bersejarah 152 tahun.

"Keinsafan menjaga kesihatan semakin meningkat dalam golongan muda yang juga kelihatan tertarik oleh kebudayaan perubatan tradisional. Kami membuka kafeteria ini dengan menekankan promosi terhadap minuman herba ," kata seorang penanggungjawab Yaokafei, Ma Xuchu.

Dimaklumkan, minuman herba yang direbus dan dihasilkan dengan menggunakan resipi dan kaedah tradisional yang diturunkan dari zaman purba merupakan antara faktor-faktor yang menarik pelanggan dalam bilangan besar.

Farmasi Tradisional Baitasi yang ditubuhkan pada tahun 1872, pernah mengalami pengubahsuaian berkali-kali, dan mula menumpukan kepada usaha memasyarakatkan pengubatan tradisional Cina (TCM)  sejak tahun ini, dengan menawarkan pakej 'kunjungan + pelajaran' dan pameran serangga untuk kegunaan ubat-ubatan, seperti kala jengking, lipan dan lintah.

Setelah mengikuti aktiviti-aktiviti yang terkandung dalam pakej 'kunjungan + pelajaran', ramai peserta budak memilih turun padang untuk ikut serta dalam proses menghasilkan ubat-ubatan tradisional, sekali gus menginsafi dan menghayati budaya TCM yang mempesona.