Paris Siap Sedia untuk Olimpik 2024

2024-07-22 15:16:31  CRI
Share with:

Kerja persiapan untuk Sukan Olimpik Musim Panas 2024 sudah memasuki fasa terakhir dan Paris bersiap sedia menyambut kedatangan atlet dari seluruh dunia.


Demikian ujar Presiden Jawatankuasa Penganjur Olimpik Paris Tony Estanguet semasa sidang media pertamanya di pusat akhbar utama Sukan Olimpik Paris pada Ahad.


Estanguet berkata salah satu keistimewaan bagi Sukan Olimpik Paris ialah majlis perasmiannya yang bakal berlangsung di Sungai Seine.


Ini juga merupakan kali pertama upacara pembukaan Sukan Olimpik tidak diadakan di dalam venue.


Sukan Olimpik 2024 dijadual membuka tirainya di Paris pada 26 Julai.