Pameran "Echoes of Camel Bells, Along the Silk Roads" Disambut Baik

2024-07-23 14:43:52  CRI
Share with:

Pameran kesenian dan tamadun "Echoes of Camel Bells, Along the Silk Roads" anjuran bersama Muzium Seni Minsheng Beijing dengan lebih 60 buah muzium, institut kesenian kebudayaan dan persatuan akademik dari seluruh dunia telah melabuh tirainya di Beijing baru-baru ini. 

Tidak sedikit selebriti asing termasuk duta besar yang memilih mengunjungi pameran yang dalam perhatian pelbagai lapisan masyarakat itu, dan berturut-turut  memberi penilaian yang tinggi sejak pameran itu dibuka di Beijing pada Januari tahun ini.

Duta Besar Bangladesh di China, H.E.Mr.MdJashim Uddin berkata, China merupakan negara yang menghargai keamanan. Laluan Sutera memperlihatkan sejumlah konsep yang diamalkan China seperti kesalinghubungan, kerjasama, menang-menang, saling belajar antara tamadun yang berlainan. Pelbagai negara Asia diharapkan terus mengintensifkan kerjasama persahabatan, dan memperjuangkan maklamat kemakmuran bersama berdasarkan prinsip saling menghormati dan menguntungkan.


Duta Besar Filipina di China, Jaime FlorCruz pula berkata, cara terbaik untuk mengekalkan hubungan adalah mendorong interaksi dalam bidang kebudayaan, bahasa dan sejarah. Peta Laluan Sutera yang dipamerkan kali ini mendedahkan ikatan rapat antara pelbagai negara dalam masa beberapa abad selama ini.


Kuasa Usaha Sementara Kedutaan Besar Jepun di China, Koizumi Tsutomu berharap 2024 boleh menjadi peluang penting bagi perkembangan hubungan persahabatan Jepun-China, manakala lebih banyak interaksi boleh diadakan antara rakyat kedua-dua negara.


Kuasa Usaha Sementara Kedutaan Besar Thailand di China, Benjamin Sukanjanajtee berkata, Thailand dan China mempunyai banyak persamaan dalam bidang kebudayaan, misalnya rakyat sangat peka akan keluarga.