Presiden Sementara Myanmar Serah Tugas kepada Pengerusi SAC

2024-07-23 15:01:19  CRI
Share with:

Presiden sementara Myanmar Myint Swe menyerahkan tugasnya kepada Pengerusi Majlis Pentadbiran Negara (SAC) Jeneral Kanan Min Aung Hlaing atas sebab kesihatan.


Dilaporkan, Pejabat Presiden Interim telah menghantar notis kepada Pejabat Pengerusi SAC bahawa Jeneral Kanan Min Aung Hlaing akan mengambil alih tugas sebagai presiden sementara negara itu dalam tempoh Myint Swe mengambil cuti sakit.