Emoji Berunsurkan Artifak dari Pameran Kesenian Laluan Sutera

2024-07-23 15:31:01  CRI
Share with:

Mereka-reka emoji berdasarkan imej zum dekat yang diambil terhadap artifak dalam pameran mula menjadi popular dalam kalangan pengunjung muzium pada musim panas sekarang ini. 

Ramai antara mereka tertarik dengan emoji yang diilhamkan dari artifak dalam pameran "Echoes of Camel Bells, Along the Silk Roads" yang baru menutup tirainya di Beijing. 

Pelbagai emoji yang berbentuk artifak yang menular dalam dunia siber itu sudah menjadi tarikan bagi mereka yang berminat terhadap artifak dan sudi berkongsi cerita kebudayaan dan sejarah yang terkait dengan artifak itu.