Menteri Luar China, Maldives Bertemu di Beijing

2024-07-23 14:20:13  CRI
Share with:

Menteri Luar China Wang Yi bertemu rakan sejawatnya dari Maldives, Moosa Zameer di Beijing pada Isnin.


Wang menyatakan Presiden China Xi Jinping dan Presiden Maldives Mohamed Muizzu pada Januari lalu sepakat meningkatkan hubungan dua hala ke peringkat perkongsian strategik komprehensif, di samping bersinergi membina komuniti berkongsi nasib sesama negara.


China bersedia bersama Maldives melaksanakan konsensus penting yang dicapai pemimpin kedua-dua negara, memperdalam kesalingpercayaan politik, merapatkan pertukaran muhibah melibatkan pelbagai peringkat dan mengukuhkan kerjasama saling untung dalam segenap aspek.


Sementara itu, Zameer berkata pihaknya yakin bahawa pemerkasaan pembaharuan secara menyeluruh yang dilakukan China pasti akan membawa lebih banyak manfaat kepada dunia.

Beliau turut meluahkan keinginan untuk terus aktif menyertai kerjasama Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) sambil memperkasa kolaborasi dalam bidang perdagangan, kewangan, pelancongan, sosiobudaya dan lain-lain.