Kain Broked Etnik Wa yang Ditenun dengan Benang Buatan Hampas Kopi
Dalam pavilion industri kopi Ekspo China-Asia Selatan ke-8 yang dirasmikan di bandar Kunming provinsi Yunnan pada 23 Julai, satu reruai yang bertemakan “berpakaian kopi” kelihatan mencuit perhatian pengunjung dalam bilangan besar.
Kain broked etnik Wa yang dipamerkan di reruai itu bukan dihasilkan dengan bahan konvensional, sebaliknya benang yang dibuat daripada hampas kopi yang sudah mengalami pemprosesan istimewa. Benang jenis itu bukan sahaja berfungsi mengeringkan kelembapan, antibakteria dan ringan, tetapi juga mempunyai aroma kopi yang harum dan tekstur yang halus.
Yunnan sebagai zon pengeluaran kopi terbesar di China, mempunyai lebih 98% keseluruhan kapasiti penanaman dan pengeluaran di peringkat kebangsaan. Antaranya, lebih separuh daripada pengeluaran biji kopi Yunnan berasal dari bandar Pu’er yang digelar sebagai “lubuk kopi China”.
Menurut maklumat berkenaan, hampas kopi yang tidak mendatangkan pencemaran secara langsung, boleh melahirkan pengaruh negatif terhadap terhadap alam sekitar kalau rawatan yang dilakukan terhadapnya kurang baik. Maka, hampas kopi diubah menjadi benang bukan sahaja boleh membantu mengurangkan pengaruh negatif tersebut, tetapi juga kondusif bagi pekebun menjana pendapat.
Kain broked etnik Wa yang pelbagai jenis yang ditenun dari benang buatan hampas kopi telah menimbulkan perhatian dalam kalangan peniaga dan warga media dari dalam dan luar negara yang hadir dalam Ekspo China-Asia Selatan kali ini.