CPPCC Kaji Inti Pati Sidang Pleno ketiga Jawatankuasa Pusat ke-20 PKC

2024-07-24 17:07:39  CRI
Share with:

Sesi ke-8 Jawatankuasa Tetap Jawatankuasa Kebangsaan ke-14 Majlis Mesyuarat Politik Rakyat China (CPPCC) dirasmikan di Beijing pada Selasa untuk mengkaji inti pati sidang pleno ketiga Jawatankuasa Pusat ke-20 Parti Komunis China (PKC).


Pengerusi Jawatankuasa Kebangsaan CPPCC Wang Huning dalam majlis perasmian menyifatkan sidang pleno itu amat penting dalam tempoh kritikal usaha memacu pembinaan negara kuat dan mewujudkan kebangkitan bangsa secara menyeluruh menerusi modenisasi ala China.


Beliau mahu para anggota CPPCC menyelaraskan pemikiran dan tindakan mereka mengikut garis panduan daripada sidang pleno PKC selain keputusan dan aturan penting mengenai pembaharuan yang dibuat oleh Jawatankuasa Pusat PKC, sekali gus menyumbang kepada usaha memperkasa pembaharuan secara menyeluruh dan memacu modenisasi ala China.