Wang Yi Bakal Hadir Siri Mesyuarat Kerjasama Asia Timur

2024-07-24 12:54:25  CRI
Share with:

Ahli Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) yang juga Menteri Luar Wang Yi akan menghadiri siri mesyuarat menteri luar mengenai kerjasama Asia Timur yang dijadual diadakan di Vientiane, Laos pada 25 hingga 27 Julai.


Mesyuarat berkenaan merangkumi Mesyuarat Menteri Luar ASEAN-China (10+1), Mesyuarat Menteri Luar ASEAN-China, Jepun dan Korea Selatan (10+3), Mesyuarat Menteri Luar Sidang Kemuncak Asia Timur (EAS) serta Mesyuarat Menteri Luar Forum Serantau ASEAN (ARF).


Wang juga dijadual mengadakan lawatan rasmi ke Laos sempena berlangsungnya siri mesyuarat tersebut.