Pesta Pelancongan Tampilkan Budaya Kuda di Xinjiang

2024-07-24 14:31:42  CRI
Share with:

Pesta Kebudayaan dan Pelancongan Tianma (kuda kayangan) 2024 dirasmikan di kaunti Zhaosu daerah autonomi Ili yang berpenduduk etnik Kazak di wilayah Xinjiang, barat laut China baru-baru ini. 

Pelbagai persembahan yang menakjubkan seperti "Galloping Horses", perlumbaan kuda dan kemahiran menunggang kuda, dapat dinikmati dalam Pesta yang berbentuk karnival budaya kuda tersebut, yang bertujuan menunjukkan adat resam dan tradisi masyarakat penggembala yang berwarna-warni kepada para pelancong. 

Selain budaya kuda, pemandangan semula jadi yang indah juga menjadi tarikan pelancongan di kaunti Zhaosu yang digelar sebagai "Kota Pelangi China" dan " Lubuk Sawi China".