Dialog Global di New York Cari Peluang dari Peningkatan Tahap Pembaharuan China

2024-07-24 12:30:18  CRI
Share with:

Peningkatan tahap pembaharuan secara komprehensif pada era baharu merupakan satu langkah strategik bagi mengangkat maruah kepada bangsa dan memangkin agenda pemerkasaan negara melalui modenisasi ala China, kondusif bagi masyarakat manusia dalam meneroka jalan modenisasi dan meneliti sistem sosial yang lebih baik, dan juga boleh membawakan peluang baharu dan mencetuskan motivasi baharu bagi pembangunan pelbagai negara di seluruh dunia.

Demikian dinyatakan Shen Haixiong, Naib Ketua Pengarah Jabatan Publisiti Parti Komunis China (PKC) yang juga Presiden Kumpulan Media China (CMG) ketika menyampaikan ucapan secara maya dalam Dialog Global "Peluang untuk Dunia dari Peningkatan Tahap Pembaharuan China pada Era Baharu" anjuran CMG di sini pada Isnin. Duta Besar China di AS, Xie Feng juga menyampaikan ucapan menerusi pautan video. 


Turut hadir, Pengerusi Tabung Kuhn AS yang juga pemenang Pingat Hadiah Persahabatan Pembaharuan China, Robert Lawrence Kuhn, Presiden Tabung Keluarga Kennedy AS, Stephen Kennedy, dan hampir seratus orang tetamu dari Think Tank, sektor korporat dan akademik AS.

Mereka telah bertukar pendapat tentang peluang yang boleh dibawa kepada pembangunan bersama dalam senario global dan kemajuan tamadun manusia susulan peningkatan tahap pembaharuan secara komprehensif di China dan kemajuan modenisasi ala China.

Robert Kuhn berkata, sesi pleno ketiga Jawatankuasa Pusat PKC penggal ke-20 telah melepaskan isyarat penting untuk memperincikan pelaksanaan dasar pembaharuan dan pintu terbuka pada era baharu. China telah menetapkan rancangan untuk jangka masa sederhana-panjang dan melengkapkan matlamat pembaharuan yang jelas bagi mendorong pembangunan yang berkualiti dan pembinaan modenisasi pacuan 'kuasa produktif kualiti baharu'. 

"Saya menggalakkan usahawan AS membuat pelaburan di China dengan memanfaatkan peluang yang dibawakan dari pelaksanaan dasar pembaharuan di negara itu," kata beliau.

Stephen Kennedy berkata, sebagai seorang anggota keluarga Kennedy, beliau amat menginsafi dialog dan komunikasi yang berperanan penting dalam mendorong perkembangan hubungan AS-China. Ketika melawat AS pada 2023, Presiden China, Xi Jinping pernah menegaskan bahawa sekiranya saling menghormati, hidup secara damai dan bekerjasama demi sama menang, kedua-dua pihak China dan AS sama sekali boleh menemui pendekatan yang tepat dalam pergaulan kenegaraan, sambil meraikan pendapat yang berbeza. 


Menurut Stephen Kennedy, pertukaran yang aktif di peringkat tinggi antara AS dan China telah memberi asas baik bagi perkembangan hubungan bilateral. Oleh itu, kedua-dua negara perlu terus mengambil tindakan yang tulen bagi mendorong kerjasama demi situasi sama menang.