Wang Yi Bertemu Ketua Delegasi Fatah

2024-07-24 17:29:15  CRI
Share with:

Menteri Luar China Wang Yi bertemu dengan ketua delegasi Fatah, Mahmoud al-Aloul sebelum pelbagai puak Palestin menandatangani 'Deklarasi Beijing' pada Selasa.


Wang berkata konflik di Gaza mencetuskan malapetaka kemanusiaan yang amat teruk dan isu Palestin sekali lagi menjadi tumpuan masyarakat antarabangsa.


Beliau menegaskan prinsip 'dimiliki, dipimpin dan diperintah rakyat Palestin' perlu dipegang untuk menyelesaikan ketidakadilan sejarah. 


Perkara yang paling utama dewasa ini adalah memperkasa solidariti dan perdamaian antara pelbagai puak Palestin, mewujudkan kesepakatan serta matlamat bersama sehingga mencipta syarat yang diperlukan bagi mendorong gencatan senjata berkekalan di Gaza, menubuhkan negara merdeka dan melaksanakan formula 'penyelesaian dua negara'.


Mahmoud al-Aloul yang juga timbalan ketua Fatah merakamkan terima kasih atas usaha China untuk mendorong perdamaian antara pelbagai puak Palestin. 


Fatah komited berusaha sedaya upaya untuk menggalakkan perdamaian dan perpaduan dalaman dan menyumbang kepada penyelesaian isu Palestin secara tuntas.