Xi Utus Tahniah Kagame Kekal Presiden Rwanda
Presiden China Xi Jinping mengirim perutusan tahniah kepada Paul Kagame yang mengekalkan jawatan sebagai Presiden Republik Rwanda.
Xi berkata Rwanda merupakan negara bersahabat tradisional bagi China. Hubungan China-Rwanda menyaksikan perkembangan pesat pada beberapa tahun kebelakangan ini, dengan hasil kerjasama memberangsangkan dicapai dalam pelbagai bidang dan persahabatan tradisional terus diperkukuh.
Beliau menzahirkan kesediaan untuk bersinergi dengan Presiden Kagame ke arah meningkatkan kesalingpercayaan politik antara kedua-dua pihak, memperluas dan memperdalam kerjasama pragmatik melibatkan pelbagai bidang sekali gus melonjakkan hubungan bilateral ke tahap baharu.