Penasihat Politik Kanan Ikrar Sumbang kepada Pemerkasaan Pembaharuan

2024-07-25 13:23:23  CRI
Share with:

Sidang pleno sesi ke-8 Jawatankuasa Tetap Jawatankuasa Kebangsaan ke-14 Majlis Mesyuarat Politik Rakyat China (CPPCC) diadakan di Beijing pada petang Rabu.


Seramai 15 anggota Jawatankuasa Tetap Jawatankuasa Kebangsaan CPPCC menyampaikan ucapan pada sidang pleno itu.


Mereka berkata aturan sistematik mengenai pemerkasaan pembaharuan secara menyeluruh yang dibuat dalam sidang pleno ketiga Jawatankuasa Pusat ke-20 Parti Komunis China (PKC) memperlihatkan daya usaha Jawatankuasa Pusat PKC untuk mengembangkan sistem sosialis bercirikan China serta memodenkan sistem dan keupayaan  tadbir urus negara.


Para penasihat politik kanan komited untuk mendalami inti pati sidang pleno ketiga Jawatankuasa Pusat ke-20 PKC sekali gus menyumbang kepada usaha memperkasa pembaharuan secara menyeluruh dan memacu modenisasi ala China.