Pempamer Asing Teruja dengan Kehadiran dalam Ekspo China-Asia Selatan

2024-07-25 15:05:21  CRI
Share with:

“Ini kali pertama saya datang ke China, dan juga kehadiran pertama dalam Eskpo China-Asia Selatan. Saya berharap agar karya barang kemas rekaan saya boleh mendapat sambutan dalam kalangan pengunjung ......".

Demikian dikatakan seorang pempamer dari Sri Lanka, Anesta Nuwanrekha kepada wartawan.

Seorang lagi pempamer, Rijwan Peniaga yang datang dari India, juga teruja dengan kehadiran pertamanya dalam Ekspo ini. 


"Perkhidmatan yang tersedia di sini amat baik, dan semuanya bagus termasuk kemudahan pameran dan pencahayaan."

Seorang pempamer dari Pakistan, Faisal Rasheed berkata, "Ini kehadiran keenam saya dalam ekspo ini. Edisi tahun lepas sangat baik, dan saya berharap edisi tahun ini bertambah baik berbanding tahun lalu."  


Ekspo China-Asia Selatan Ke-8 selama enam hari telah membuka tirai di bandar Kunming, provinsi Yunnan China pada 23 Julai, dengan menyaksikan penglibatan lebih 2,000 syarikat dari 82 buah negara dan kawasan serta pertubuhan antarabangsa.

Terdapat dua pavilion pameran istimewa yang tersedia untuk pempamer dari lapan negara Asia Selatan, iaitu India, Pakistan, Nepal, Sri Lanka, Bangladesh, Afghanistan, Bhutan dan Maldives. Setiap zon seluas 36 meter persegi untuk kelapan-lapan negara tersebut, dilengkapi pameran produk masing-masing yang mencerminkan kebudayaan yang beraneka ragam.

Ekspo Cnina-Asia Selatan yang bertemakan “Solidariti dan Kolaborasi, Pembangunan Bersama” sudah menjadi antara aktiviti pertukaran ekonomi dan perdagangan paling penting antara China dengan negara Asia Selatan sejak edisi pertamanya diadakan pada tahun 2013. Kedudukan China selaku rakan dagang terbesar bagi Pakistan dan Bangladesh kekal kukuh. Pelbagai produk dari negara Asia Selatan seperti beras Pakistan, teh merah Sri Lanka dan hasil laut Maldives kelihatan semakin banyak dalam pasaran China, dan sudah mendapat sambutan baik di kalangan pelanggan.