Dialog Global di UAE Tumpu Peluang daripada Pemerkasaan Pembaharuan China

2024-07-25 15:45:05  CRI
Share with:

Dialog bertemakan 'Global Opportunities in Deepening China’s Reform in the New Era' anjuran Kumpulan Media China (CMG) berlangsung di Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada Selasa.


Acara itu dihadiri lebih 100 tokoh dari lingkungan politik, perniagaan dan akademik serta wakil media kedua-dua negara.

Presiden CMG Shen Haixiong dalam ucapan secara maya berkata pemerkasaan pembaharuan secara menyeluruh pada era baharu merupakan langkah penting untuk memacu kebangkitan bangsa dan membina negara kuat menerusi modenisasi ala China.


Usaha berkenaan pasti akan mencetuskan peluang baharu dan menyuntik momentum baharu kepada pembangunan negara-negara di seluruh dunia, tambah beliau.

Pengerusi Lembaga Pusat Penyelidikan dan Khidmat Nasihat TRENDS UAE, Mohammed Abdullah Al-Ali berkata sidang pleno ketiga Jawatankuasa Pusat ke-20 Parti Komunis China (PKC) sekali lagi memperlihatkan iltizam China untuk terus memperdalam pembaharuan. 


Sebagai rakan dagang kedua terbesar China di Asia Barat dan Afrika Utara, UAE bersedia bersama negara lain berkongsi peluang baharu daripada pemerkasaan pembaharuan dan keterbukaan China sambil bersinergi memacu pemulihan ekonomi dunia.