Dua Laluan Kereta Api Kargo China-Laos-Thailand Mula Beroperasi

2024-07-25 14:31:03  CRI
Share with:

Dua laluan kereta api pengangkutan kargo antarabangsa, iaitu  "Guangdong-Yunnan-Lancang-Mekong" dan China-Laos- Thailand (Kunming-Bangkok) beroperasi secara rasmi pada Rabu, dan dipercayai akan membantu meningkatkan kesalinghubungan antara provinsi Guangdong dan Yunnan di China dengan Asia Tenggara dalam bidang pengangkutan kargo antarabangsa.


Laluan "Guangdong-Yunnan-Lancang-Mekong" yang dibina dalam kerangka Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI), bertujuan membentuk satu saluran logistik yang berkecekapan tinggi yang bertapak di kawasan bahagian selatan dan barat daya China untuk jangkauan ke Asia Tenggara.

Dimaklumkan bahawa kargo yang beraneka ragam dalam pengangkutan melalui kedua-dua laluan kereta api itu, merangkumi produk elektronik, permesinan dan barang untuk kegunaan harian dari Guangdong serta buah-buahan, getah dan produk perlombongan dari Asia Tenggara.


Menurut rancangan untuk masa hadapan, kedua-dua laluan kereta api itu akan disambung dengan Jaringan Kereta Api Kebangsaan China di sebelah utaranya, iaitu boleh mengakses ke pelbagai hab logistik di bandar Kunming, Guangzhou, Shanghai, Xi'an, Chengdu, Chongqing dan provinsi Zhejiang, malah perhubungan terbabit boleh dilanjutkan ke Jerman dan Sepanyol di benua Eropah menerusi operasi Laluan Kereta Api China-Eropah. Manakala jika melihat ke arah selatan, ia juga akan disambung dengan pelabuhan di kawasan bahagian selatan Thailand sehingga boleh mengakses ke Malaysia dan Singapura.


Hubungan ekonomi dan perdagangan antara China dengan Asia Tenggara dijangka akan menjadi semakin erat dan kondusif bagi kemakmuran dan pembangunan serantau.