AMM ke-57 Fokus Isu Panas Rantau dan Antarabangsa

2024-07-25 14:28:14  CRI
Share with:

Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN (AMM) ke-57 berlangsung di Pusat Konvensyen Nasional di Vientiane, Laos pada Khamis.


Menteri luar dan pegawai kerajaan dari negara-negara ASEAN menghadiri mesyuarat itu untuk bertukar pandangan mengenai isu-isu serantau dan antarabangsa yang diberi tumpuan bersama.


Agenda mesyuarat selama tiga hari itu merangkumi sesi pleno dan permukiman menteri luar ASEAN, mesyuarat dua hala dan pelbagai hala antara ASEAN dengan China, Amerika Syarikat (AS), Rusia, Kesatuan Eropah (EU), Britain, India, Jepun, Korea Selatan dan lain-lain.