Tinjauan CGTN: 92.81 Peratus Sanjung Usaha China Dorong Perdamaian Dalaman Palestin
Wakil pelbagai puak Palestin mencapai konsensus ke arah mewujudkan perdamaian di Beijing.
Satu tinjauan membabitkan warganet seluruh dunia yang dijalankan Rangkaian Televisyen Global China (CGTN) mendapati 92.81 peratus responden menyanjung tinggi usaha China untuk menyokong rakyat Palestin dan menamatkan perpecahan dalaman Palestin.
Hasil tinjauan turut menunjukkan 87.23 peratus responden menganggap perdamaian dalaman Palestin akan membantu menamatkan konflik Palestin-Israel seawal mungkin, sekali gus menggalakkan ketenteraman serantau.
Di samping itu, 91.63 peratus responden memberi penghargaan tinggi kepada saranan China berkenaan.
Sebanyak 90.55 responden pula berpendapat sokongan China terhadap pembangunan damai mendapat lebih banyak pengiktirafan berbanding negara yang menghasut konflik di Asia Barat.
Tinjauan pendapat yang dijalankan menerusi platform kendalian CGTN dalam bahasa Inggeris, Sepanyol, Perancis, Arab dan Rusia itu menarik penyertaan 10,592 netizen dalam masa 24 jam.