Xi Pengerusikan Mesyuarat Kerja Kawal Banjir dan Bantuan Bencana
Jawatankuasa Tetap Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) mengadakan mesyuarat bagi meneliti dan mengatur kerja berkaitan kawalan banjir dan bantuan bencana pada Khamis.
Mesyuarat itu dipengerusikan oleh Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat PKC, Xi Jinping.
Menurut mesyuarat itu, usaha mencegah banjir memasuki tempoh kritikal pada hujung Julai dan awal Ogos. Dalam pada itu, jaminan keselamatan nyawa rakyat perlu sentiasa diletakkan sebagai keutamaan.
Kerja pemantauan bencana perlu terus dipergiat bagi memindahkan penduduk dari kawasan berbahaya dengan lebih awal dan meminimumkan kehilangan nyawa dan kecederaan.
Antara kerja lain yang turut diberikan penekanan termasuk menjamin keselamatan empangan dan kemudahan infrastruktur penting, mengoptimumkan projek pencegahan banjir secara saintifik serta menjalankan operasi menyelamat dan bantuan bencana dengan sedaya upaya.