Sesi ke-8 Jawatankuasa Tetap Jawatankuasa Kebangsaan ke-14 CPPCC Berakhir

2024-07-26 11:49:45  CRI
Share with:

Sesi ke-8 Jawatankuasa Tetap Jawatankuasa Kebangsaan ke-14 Majlis Mesyuarat Politik Rakyat China (CPPCC) berakhir di Beijing pada Khamis.


Majlis penutupan dipengerusikan oleh ahli Jawatankuasa Tetap Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kebangsaan CPPCC, Wang Huning.


Wang berkata mengkaji dan mempraktikkan garis panduan daripada Sidang Pleno ketiga Jawatankuasa Pusat ke-20 PKC merupakan tugas politik penting bagi seluruh Parti dan negara.


Beliau mahu CPPCC mendalami inti pati sidang pleno ketiga Jawatankuasa Pusat ke-20 PKC sekali gus menyumbang kepada usaha memperkasa pembaharuan secara menyeluruh dan memacu modenisasi ala China.