CMG Anjur Dialog Berkisar Pemerkasaan Pembaharuan China di Tiga Negara Eropah

2024-07-26 16:16:37  CRI
Share with:


Dialog meja bulat bertemakan 'Global Opportunities in Deepening China’s Reform in the New Era' anjuran Kumpulan Media China (CMG) diadakan dengan jayanya di Itali, Jerman dan Perancis baru-baru ini.


Acara itu dihadiri tokoh dari lingkungan politik, perniagaan dan akademik serta wakil media tiga negara berkenaan.

Mereka bertukar-tukar pandangan mengenai topik seperti erti sidang pleno ketiga Jawatankuasa Pusat ke-20 Parti Komunis China (PKC) bagi dunia, interaksi dan saling belajar sesama tamadun serta peluang baharu yang dibawa pemerkasaan pembaharuan China kepada kerjasama China-Kesatuan Eropah (EU).


Bekas Menteri Kehakiman Itali yang juga Dekan Fakulti Undang-undang Universiti Sapienza Rom, Oliviero Diliberto menyatakan sinergi kukuh semua negara amat diperlukan tatkala dunia berdepan banyak cabaran ketika ini.


Menurutnya, sidang pleno ketiga Jawatankuasa Pusat ke-20 PKC menekankan modenisasi ala China menonjolkan jalan pembangunan secara damai dan ia akan membawa pengertian besar serta implikasi yang menjangkau jauh.


Sementara itu, Pengarah Jabatan Penyelidikan Dasar Ekonomi China Pertubuhan Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan (OECD) Margit Molnar berkata China telah membuat aturan sistematik mengenai usaha memperdalam pembaharuan secara menyeluruh dan memacu modenisasi ala China. 


Beliau menyatakan langkah-langkah seperti mengurangkan pengehadan akses pelaburan asing dan memperdalam pembaharuan sistem fiskal dan percukaian akan membantu ekonomi China mewujudkan pertumbuhan mantap secara berkualiti tinggi.