Pemandangan Istimewa Sepanjang Paksi Tengah Beijing
Paksi Tengah yang membentang 7.8 kilometer dari Menara Loceng dan Menara Gendang di utara ke Pintu Gerbang Yongding di selatan pusat bandar Beijing disifatkan sebagai jiwa dan tulang belakang bagi ibu kota China yang bersejarah ini.
Pada beberapa tahun kebelakangan ini, majlis perbandaran Beijing telah menjalankan banyak kerja seperti perancangan dan reka bentuk, menghentikan penempatan di tinggalan sejarah dan melakukan pembersihan yang serasi serta menambahbaik fasiliti di blok yang terbabit supaya dapat memberi pernafasan baharu kepada pelbagai warisan budaya termasuk Paksi Tengah, yang dilihat sebagai sebahagian dalam pelaksanaan skim pemeliharaan landskap kota purba.
Paksi Tengah justeru saksi yang jitu sepanjang perubahan Beijing dari zaman purba sehingga era baharu sekarang ini.