Krisis Ukraine: China Mulakan Diplomasi Ulang-Alik Pusingan Baharu Esok

2024-07-27 13:56:41  CRI
Share with:

China akan menghantar wakil khas bagi hal ehwal Eurasia, Li Hui untuk mengadakan pusingan keempat diplomasi ulang-alik (shuttle diplomacy) mengenai penyelesaian krisis Ukraine.


Perkara itu dimaklumkan jurucakap Kementerian Luar China Mao Ning dalam sidang media pada Jumaat.


Li akan membuat lawatan ke Brazil, Afrika Selatan dan Indonesia bermula 28 Julai untuk bertukar-tukar pendapat berhubung situasi semasa di Ukraine dengan anggota utama 'Selatan Global' selain membincangkan usaha ke arah meredakan ketegangan dan menyediakan syarat kondusif kepada pemulihan rundingan damai.


Jurucakap itu berkata sebagai anggota tetap Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan negara besar yang bertanggungjawab, China sentiasa komited mendorong penyelesaian krisis Ukraine secara politik.