China, AS Sepakat Kekal Komunikasi Segenap Peringkat

2024-07-28 13:57:08  CRI
Share with:

Menteri Luar China Wang Yi mengadakan pertemuan dengan Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS) Antony Blinken atas undangan di Vientiane, Laos pada Sabtu.


Kedua-dua pihak bertukar-tukar pendapat mengenai hubungan bilateral dan bersetuju terus mengekalkan komunikasi di segenap peringkat dan melaksanakan dengan baik konsensus penting yang dicapai pemimpin dua negara semasa pertemuan di San Francisco.


Wang berkata hubungan China-AS tetap berada pada masa kritikal ke arah stabil dengan berdepan risiko dan cabaran yang terus bertambah. Usaha perlu dilakukan untuk mengawal risiko, menangani percanggahan dengan baik di samping menghapuskan gangguan dan memperkasa kerjasama.


Tegas beliau, dasar China terhadap AS adalah konsisten yakni memegang prinsip saling menghormati, hidup bersama secara damai dan kerjasama saling untung.


Sementara itu, Blinken menzahirkan komitmen pihaknya untuk memantapkan hubungan dengan negara Tembok Besar dan berpegang kepada dasar satu China.


AS berhasrat mengekalkan komunikasi tetap dengan China sambil meneruskan kerjasama dalam usaha membanteras dadah, kecerdasan buatan (AI) dan sebagainya.


AS juga bersedia mengendalikan percanggahan pendapat antara dua negara dengan baik, di samping mengelakkan salah faham dan salah anggap.