Filipina Hantar Bekalan ke Terumbu Ren'ai Bawah Pemantauan China

2024-07-28 14:14:08  CRI
Share with:

Filipina menghantar bekalan keperluan hidup kepada kapal perang yang ditempatkannya secara haram di Terumbu Ren'ai pada pagi Sabtu mengikut aturan sementara yang dicapai oleh China dan Filipina sebelum ini.


Jurucakap Kementerian Luar China berkata seluruh proses itu dijalankan di bawah pemantauan jabatan pengawal pantai China.


Menurutnya, penghantaran bekalan berkenaan dilakukan selepas China dimaklumkan mengenai perkara itu terlebih dahulu serta mengesahkan kapal Filipina hanya membawa barang keperluan kemanusiaan.


Jurucakap itu menegaskan pendirian China dalam isu Terumbu Ren'ai kekal tidak berubah. China mempunyai kedaulatan ke atas Kepulauan Nansha termasuk Terumbu Ren'ai serta perairan sekitarnya.