Setiap 10 Ribu Orang China Punyai 12.9 Paten Bernilai Tinggi
2024-07-29 14:23:57 CRI
Setakat Jun 2024, setiap 10,000 populasi China dikesan secara puratanya mempunyai 12.9 buah paten yang bernilai tinggi, iaitu satu matlamat yang terkandung dalam Rancangan Lima Tahun Ke-14 (tahun 2021 hingga 2025) yang sudah direalisasikan dengan lebih awal.
Dimaklumkan dari sidang media Jabatan Penerangan Dewan Negara China yang diadakan Isnin, terdapat sebanyak 4.425 juta paten yang bertauliah di dalam negeri, dengan 72.8 peratus merupakan reka bentuk untuk sektor korporat.
Sementara itu, cap dagang yang terdaftar di China mencatat 45.91 juta unit, iaitu satu rekod baharu dalam sejarah.