Arahan Xi Jinping tentang Hal Ehwal Veteran

2024-07-29 16:24:09  CRI
Share with:

Dalam Mesyuarat Hal Ehwal Veteran Kebangsaan China yang diadakan di Beijing hari ini, Presiden Xi Jinping telah membuat arahan tentang gerak kerja untuk fasa selanjutnya, mengucapkan tahniah kepada badan dan individu yang mendapat pengiktirafan sumbangan serta menyampaikan salam ikhlas kepada para pekerja yang bertugas dalam jabatan hal ehwal veteran (JHEV).


Xi menekankan bahawa perlunya memperhalusi pelaksanaan dasar pembaharuan dengan menyeluruh untuk menyempurnakan sistem pengurusan, pengoperasian rutin dan penggubalan serta penguatkuasaan dasar, bertindak pantas dalam menjalankan gerak kerja yang terkait dengan veteran, menjaga perkhimatan, bekalan logistik dan pendidikan untuk golongan veteran, membantu mereka memainkan peranan dalam hal ehwal kemasyarakatan, memastikan hak dan kepentingan golongan itu terjamin, dan mengangkat maruah anggota tentera termasuk veteran di peringkat kebangsaan.


Beliau turut melahirkan harapan agar golongan veteran kekal berintegriti menunaikan komitmen yang jitu untuk terus menyumbang kepada kebangkitan nusa dan bangsa dan memangkin agenda pemerkasaan negara melalui modenisasi ala China.