Malaysia Mohon Sertai BRICS
Malaysia telah menghantar surat permohonan untuk menyertai mekanisme kerjasama BRICS kepada Rusia yang selaku negara pengerusi bergilir pertubuhan itu.
Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata demikian di media sosial pada Ahad.
Anwar Ibrahim berkata, ketika bertemu dengan Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov, kedua-dua pihak terutamanya membincangkan isu permohonan Malaysia untuk menyertai BRICS yang disifatkan sebagai "sangat penting bagi kedua-dua negara dan menampilkan komitmen kedua-dua pihak untuk memperkasakan kerjasama antarabangsa yang kukuh."
Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov mengadakan lawatan ke Malaysia pada 27 hingga 28 Julai lalu.