Li Qiang Terima Kunjungan Hormat Presiden Timor Leste
China akan terus menyokong Timor Leste melakukan pembangunan mengikut acuan sendiri, dan melindungi kedaulatan, keselamatan, hak dan kepentingan pembangunan milik negaranya.
Demikian dinyatakan Perdana Menteri China, Li Qiang ketika menerima kunjungan hormat Presiden Timor Leste, Jose Ramos-Horta yang sedang dalam lawatan rasmi di Beijing semalam.
"Kedua-dua pihak perlu meningkatkan penyelarasan dalam pelaksanaan strategi pembangunan, dan terus bertindak pantas dalam merapatkan kerjasama supaya dapat mencetuskan motivasi kepada pembinaan modenisasi di negara masing-masing. China bersedia untuk meningkatkan kerjasama dengan Timor Leste dalam bidang infrastruktur dan kesalinghubungan di bawah Inisiatif Jalur dan Laluan(BRI) yang menekankan pembinaan bersama yang berkualiti, di samping menerokai kerjasama yang saling menguntungkan dalam bidang pertanian, perikanan, projek tali air, pembasmian kemiskinan, pelancongan, isu daerah dan sebagainya, dengan tujuannya membantu negara itu meningkatkan kemandirian dalam pembangunan secara berterusan," kata Li
"China bersedia mengimport lebih banyak produk yang berkualiti dari Timor Leste, menggalakkan lebih banyak syarikat China membuat pelaburan di Timor Leste, dan bersama dengan negara itu meningkatkan penyelarasan dalam sektor multiliteral serta kerjasama dan interaksi mengenai dasar iklim, di samping menyokongnya menganggotai ASEAN seawal mungkin supaya dapat bersama-sama memberi sumbangan positif bagi mendorong keamanan, kestabilan, pembangunan dan kemakmuran serantau," tambah beliau.
Jose Ramos-Horta pula berkata, pihak mengucapkan terima kasih kepada China, negara yang paling awal menjalinkan hubungan diplomatik dengan Timor Leste, atas sokongan kukuh kepada negaranya sejak sekian lama. Timor Leste konsisten dalam mengamalkan prinsip Satu China, dan menyokong BRI serta giat melibatkan diri dalam pelaksanaan visi yang hebat itu.
"Timor Leste mengalu-alukan pelaburan dari syarikat China dan berharap agar perkongsian strategik komprehensif kedua-dua negara dapat terus ditingkatkan,"kata Presiden Jose Ramos-Horta.