Kuasa Luaran Didesak Jangan Api-apikan Situasi Semasa di LCS

2024-07-30 13:52:28  CRI
Share with:

Kuasa luaran didesak menghormati usaha negara-negara yang berkepentingan di Laut China Selatan (LCS) dalam memelihara kedamaian dan kestabilan serantau, dan jangan mengapi-apikan lagi situasi semasa.


Demikian dinyatakan jurucakap Kementerian Luar China, Lin Jian pada sidang media Isnin susulan satu kenyataan yang dibuat Menteri Luar dari sejumlah negara termasuk Amerika Syarikat (AS) dan Jepun, yang mendakwa akan 'menaruh perhatian terhadap situasi semasa di Laut Timur dan LCS.


Menurut Lin, AS, Jepun, India dan Australia yang menguar-uarkan "membentuk Asia Pasifik yang bebas dan terbuka", sebenarnya bertujuan mereka-reka ketegangan dan menghasut konfrontasi demi mengekang pembangunan negara lain, yang dilihat sama sekali tidak selari dengan trend perkembangan rantau ini yang sejak sekian lama memperjuangkan matlamat kedamaian, pembangunan, kerjasama dan kemakmuran, dan ditakdirkan hanya akan menjadi retorik murahan sahaja.