Dialog "Peluang untuk Dunia dari Peningkatan Pembaharuan China pada Era Baharu" di Madrid

2024-07-30 11:46:53  CRI
Share with:


Dialog Global "Peluang untuk Dunia dari Peningkatan Pembaharuan China pada Era Baharu"sempena Sesi Interaksi Sosiobudaya China-Sepanyol anjuran Kumpulan Media China (CMG) telah diadakan dengan jayanya di Madrid, Sepanyol semalam waktu tempatan.

Para hadirin telah mengadakan perbincangan dalam suasana yang bebas tentang peluang untuk dunia dari peningkatan pembaharuan secara komprehensif di China pada era baharu dan modenisasi ala China yang semakin rancak, sebelum memeterai sejumlah projek kerjasama dalam bidang media, perfileman, TV dan kesenian.

Naib Ketua Pengarah Jabatan Publisiti Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China merangkap Presiden CMG, Shen Haixiong menyatakan bahawa dunia ini boleh mendapat lebih banyak keyakinan yang berharga melalui peningkatan pembaharuan secara menyeluruh di China, yang juga dilihat sebagai penggerak yang bercirikan China bagi pembangunan dan kemakmuran masyarakat manusia. 


Shen berkata, pihaknya berharap meningkatkan kerjasama dengan media Sepanyol, bersama-sama menghasilkan produk kebudayaan yang kreatif, berkongsi peluang dari peningkatan pembaharuan China pada era baharu dalam senario global, sekali gus melakar kecemerlangan baharu dalam bidang kebudayaan demi kemakmuran bersama.


Ketua Jabatan Pentadbiran Am Perfileman, Televisyen dan Seni Audiovisual Sepanyol, Camoes pula berkata, pihaknya berharap bersama-sama CMG untuk mengambil peluang ini untuk meneroka bidang kerjasama, memperkukuh jambatan persahabatan dalam kalangan rakyat kedua-dua negara, mendorong dialog dan interaksi antara tamadun yang berlainan di dunia supaya dapat memberi sumbangan positif ketika menghadapi cabaran bersama bagi masyarakat manusia.

Penyiaran perdana program "Modenisasi Ala China" buatan CMG turut diadakan pada hari yang sama, dan akan terus disiarkan di pelbagai saluran media perdana Sepanyol seperti Mediaset, Agensi Berita EFE, dan Stesen Television Barcelona.