Apa yang Menarik Mereka untuk Mulakan Kerjaya di Xizang

2024-07-30 16:05:03  CRI
Share with:

Ketika membuat liputan di bandar Lhasa dan Nyingchi di wilayah Xizang baru-baru ini, wartawan CMG mendapati bahawa pemuda-pemudi yang memilih balik ke kampung beserta yang datang dari luar wilayah, memulakan kerjaya di tanah tinggi itu sehingga melakar kejayaan yang cemerlang tidak sedikit.


Apa yang menarik mereka untuk memulakan kerjaya di Xizang? 


Sebab utamanya adalah pembangunan ekonomi tempatan yang begitu pesat.


Sistem industri pelancongan dan kebudayaan yang bercirikan tempatan, zon sains teknologi pertanian premium dan pangkalan pengeluaran perindustrian yang berkecekapan tinggi, dilaporkan berturut-turut terbentuk di Xizang pada tahun-tahun kebelakangan ini. Pembangunan di bekas wilayah kemiskinan tegar yang paling teruk di China itu dipercayai adalah berkat sokongan dari kerajaan pusat.


Setakat penghujung tahun 2019, kemiskinan mutlak berjaya dibasmikan di Xizang yang turut dikesan tersenarai dalam masyarakat makmur sederhana di peringkat kebangsaan China pada tahun 2021. Pada setengah tahun pertama tahun ini, nilai pengeluaran wilayah Xizang meningkat 6.1% berbanding tempoh sama tahun 2023 dengan mencatat sebanyak RMB118.945 bilion (RM75.75 bilion). Kadar pertumbuhan itu berada di tangga kedua dalam ranking kebangsaan China.


Sealin itu, pelbagai dasar insentif yang digubal dan dilaksanakan pihak berkuasa tempatan (PBT) Xizang seperti menyediakan tabung sokongan pemulaan kerjaya dan pengambilan peluang pekerjaan, menggalakkan pertandingan inovasi belia diadakan di daerah, membina pusat perkhidmatan, dan meningkatkan jumlah pinjaman bercagar, juga merupakan antara faktor-faktor yang menarik pemuda-pemudi memulakan kerjaya di wilayah tanah tinggi itu.


Setakat ini, terdapat sebanyak138 buah badan, platform atau pangkalan yang telah siap dibina di Xizang, dan berfungsi menggalakkan inovasi dan menyediakan bantuan memulakan kerjaya, yang turut dimanfaatkan seramai 38,500 orang pencari kerja.

Munculnya kecenderungan pemuda-pemudi memulakan kerjaya di Xizang juga tidak terlepas dari keindahan alam dan kebudayaan tempatan yang istimewa yang menjadi semakin terpelihara.


Seiring dengan China memperhalusi pelaksanaan dasar pembaharuan secara menyeluruh, 'kuasa produktif kualiti baharu' akan menjadi momentum yang lebih kuat, dan juga penggerak baharu bagi Xizang memacu pembangunan yang berkualiti.

Current Time 0:00
Duration 0:00
Loaded: 0%
Stream Type LIVE
Remaining Time -0:00
 
1x
Video Player is loading.