China Bersedia Mainkan Peranan Konstruktif demi Keamanan dan Kestabilan Asia Barat

2024-07-31 11:41:20  CRI
Share with:

China bersedia meningkatkan interaksi dan penyelarasan dengan pelbagai pihak termasuk Malaysia untuk melakukan usaha bagi pelaksanaan Deklarasi Beijing dan memainkan peranan yang bersifat membina untuk melindungi keamanan dan kestabilan di rantau Asia Barat.


Demikian dinyatakan oleh Jurucakap Kementerian Luar China, Lin Jian dalam sidang akhbar semalam.


Menurut laporan berkenaan, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi hantaran dalam sosial media telah menyanjung tinggi tindakan kerajaan China yang memberi sokongan kuat bagi dialog antara pelbagai puak Palestin termasuk Fatah dan Hamas. Beliau menanti-nantikan hasil yang ketara boleh dibuahkan berdasarkan Deklarasi Beijing, dan terus menyeru kerajaan pelbagai negara mengiktiraf negara Palestin dan menyokong usaha yang bertujuan merealisasikan kesatupaduan Palestin.


Lin pula berkata, China menghargai sikap Perdana Menteri Anwar yang mengelaurkan kenyataan berkenaan. Ini memperlihatkan harapan dan suara bersama dari masyarakat antarabangsa termasuk negara Arab dan Islam tentang mendorong penyelesaian isu Palestin dengan secepat mungkin sehingga mencapai keamanan dan kestabilan di rantau Asia Barat.