Dialog Peluang dari Pemerkasaan Pembaharuan China kepada Dunia Diadakan di Mesir

2024-07-31 14:56:58  CRI
Share with:

Dialog bertemakan "Peluang Global dari Pemerkasaan Pembaharuan China pada Era Baharu" anjuran Kumpulan Media China (CMG), Kementerian Pelancongan dan Tinggalan Sejarah Mesir, dan Kedutaan China di Mesir diadakan di Kaherah, pada Selasa.


Para hadirin telah mengadakan perbincangan tentang peluang dari pemerkasaan pembaharuan secara komprehensif di China pada era baharu kepada seluruh dunia.


Presiden CMG Shen Haixiong ketika berucap pada sesi dialog itu berkata, pemerkasaan pembaharuan di China akan membawa lebih banyak faktor menentu kepada dunia, di samping memberikan lebih banyak peluang pembangunan, dan menyumbangkan penggerak demi mempromosikan kemakmuran bersama umat manusia.

Beliau berkata, CMG berharap dapat meningkatkan kerjasama dengan tokoh-tokoh dari pelbagai kalangan Mesir, mengukuhkan dan meluaskan kerjasama kedua-dua negara dalam pemerkasaan pembaharuan dan pertukaran dalam kalangan rakyat, sekali gus menyumbangkan kebijaksanaan untuk membina komuniti berkongsi nasib China-Mesir dan China-Arab bagi era baharu.


Menteri Pelancongan dan Tinggalan Sejarah Mesir, Sherif Fathi berkata bahawa tahun ini menandakan ulang tahun ke-10 jalinan perkongsian strategik komprehensif antara Mesir dan China. 


Menurut beliau, dalam sedekad lalu kedua-dua negara telah mencapai banyak hasil dalam pelbagai bidang, terutamanya dalam bidang pelancongan dan perlindungan warisan budaya.


Sherif Fathi menambah bahawa dasar China untuk memperkasakan pembaharuan secara komprehensif juga akan memberikan lebih banyak kemungkinan untuk meluaskan kerjasama yang saling menguntungkan antara negara-negara di seluruh dunia.