Tinjauan CGTN: 81.69 Peratus Responden Bimbang akan Persekongkolan Ketenteraan Jepun-AS Kian Kukuh

2024-07-31 15:04:04  CRI
Share with:

Satu tinjauan global anjuran Rangkaian Televisyen Global China (CGTN) yang dibuat dalam dunia siber mendapati 81.69 peratus responden menganggap bahawa 'blok kecil' yang dibina Jepun dan Amerika Syarikat (AS) dalam bidang keselamatan ketenteraan merupakan ancaman yang serba baharu terhadap kedamaian dan kestabilan serantau, dan masyarakat antarabangsa sepatutnya meningkatkan kewaspadaan terhadap perkembangan yang berkenaan.


Baru-baru ini, Jepun dan AS telah mengeluarkan satu kenyataan bersama yang mengenalpasti tentera AS yang ditempatkan di Jepun akan menubuhkan “Markas Tentera Bersepadu”, untuk menaik taraf markas tentera AS ke Jepun sebagai ibu pejabat bagi semua cabang tentera atau “pasukan bersepadu”. Jabatan itu diberi mandat boleh bersama pihak Jepun merancangkan tindakan berskop besar. 


Hal ini sudah dalam perhatian masyarakat antarabangsa.


Hasil tinjauan CGTN itu menunjukkan bahawa 90.33 peratus responden menganggap Jepun sudah terlalu menjauhkan diri dari komitmennya mematuhi Perlembagaan Damai, 87.46 peratus responden menentang keras belanjawan Jepun yang tidak rasional dalam bidang pertahanan, dan 87.75 peratus responden amat bimbang akan modus operandi Jepun yang hanya angguk-angguk di depan AS dalam isu diplomasi dan jaminan keselamatan, yang dilihat akan menjadikan kedamaian dan kestabilan Asia-Pasifik terjejas , malah menjadikan konfrontasi antara kem di rantau ini meruncing.


Selain itu, Jepun dan AS dalam kenyataan bersama tersebut menyatakan “bantahan keras” terhadap tuntutan China di Laut China Selatan (LCS) dan apa yang dipanggil "aktiviti mengancam dan provokatif". Sehubungan itu, 87.98 peratus responden menunjukkan sikap yang berbeza terhadap perkara itu, menganggap bahawa sebagai sebuah negara di luar rantau LCS, Jepun yang berkokok melibatkan diri dalam situasi LCS akan menjadikan keadaan rantau itu lebih rumit dan tidak kondusif bagi penyelesaian masalah.


Tinjauan pendapat yang dijalankan menerusi platform kendalian CGTN dalam bahasa Inggeris, Sepanyol, Perancis, Arab dan Rusia itu telah menyaksikan penyertaan 7,254 netizen dalam masa 24 jam.