China, India Adakan Rundingan ke-30 Tangani Urusan Sempadan
China dan India bersetuju akan meningkatkan kepantasan dalam melaksanakan persepakatan yang tercapai oleh menteri luar kedua-dua negara dalam pertemuan kebelakangan ini, menumpu kepada penyelesaian isu sempadan yang terperinci, mengambil kira keprihatinan rasional antara satu sama lain, dan secepat mungkin mencari pendekatan yang boleh diterima kedua-dua pihak.
Keputusan demikian dicapai dalam sesi ke-30 Mekanisme Rundingan dan Penyelarasan Urusan Sempadan China-India di New Delhi pada Rabu.
Dimaklumkan, kedua-dua pihak bersepakat memastikan kelancaran dan kelangsungan dalam saluran interkasi diplomatik dan ketenteraan, memperhebat pembangunan mekanisme rundingan dan mempercepat proses rundingan, meredakan ketegangan dalam situasi semasa di kawasan sempadan, mendorong perkembangan hubungan bilateral secara sihat dan stabil, dan menaati perjanjian yang tercapai demi keamanan dan kesentosaan di kawasan sempadan.