Martabatkan Peranan PKC dalam Tatakelola Institusi Pusat dan Badan Negara - Xi
Hendaklah memahami dan melaksanakan arahan dan panduan yang ditetapkan dalam sesi pleno ketiga Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) penggal ke-20 baik pada masa sekarang mahupun masa depan.
Demikian dinyatakan Presdien China Xi Jinping yang juga Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat PKC ketika menghadiri satu majlis libat urus tentang memartabatkan peranan PKC dalam tatakelola institusi pusat dan badan negara pada Rabu.
Xi juga menegaskan usaha perlu dibuat untuk memperincikan pembaharuan terhadap sistem kepartian, dan meningkatkan kepantasan dalam memartabatkan peranan PKC di pelbagai institusi pusat dan badan negara khususnya yang boleh dijadikan teladan.