Jepun Mula Asyik Bernaung di Bawah Apa Yang Disebut "Ancaman Lanjutan" AS
Gerak-geri Jepun semasa Mesyuarat (2+2) Keselamatan dan Diplomasi Jepun-Amerika Syarikat (AS) dan sidang menteri "Ancaman Lanjutan" yang berlangsung baru-baru ini telah menjadikan negara-negara serantau meningkatkan kewaspadaan yang terkait dengannya. Terdapat warga Jepun dalam bilangan yang tidak sedikit yang berpendapat bahawa kerajaan negaranya bertindak mengapi-apikan situasi semasa, dan sudah semakin mendekati jalan yang salah yang "menuju ke peperangan".
Meningkatkan kehadirannya di bawah naungan AS yang disebut 'Ancaman Lanjutan' merupakan antara kecenderungan Jepun yang berbahaya yang paling banyak dipersoalkan. Apa yang disebut "Ancaman Lanjutan" sebagai tinggalan sejarah tempoh Perang Dingin, merujuk kepada komitmen AS untuk melindungi negara-negara sekutunya dengan menggunakan kekuatan ketenteraan termasuk senjata nuklear.
Dalam sidang menteri "Ancaman Lanjutan" yang pertama kali diadakan baru-baru ini, Jepun dan AS menegaskan peri pentingnya untuk berkongsi "payung perlindungan nuklear" kendalian AS.
Jika dilihat dari sudut luar, perbuatan Jepun yang tidak selaras dengan tanggungjawab negara tanpa senjata nuklear yang terkandung dalam "Konvensyen Pencegahan Percambahan Senjata Nuklear", dipercayai akan meningkatkan risiko percambahan senjata nuklear dan mencetuskan konflik nuklear sehingga menjadikan situasi serantau semakin meruncing.
Melalui "usaha aktif" pihak Jepun, negara itu juga berbincang dengan AS untuk menaiktaraf persekutuan ketenteraan bilateral, seperti akan menyusun semula penempatan tentera AS di Jepun dan menubuhkan "komando tentera bersepadu".
Markas yang akan ditubuhkan oleh Pasukan Pertahanan Diri Jepun itu dengan tujuan untuk menguruskan tugasan operasi integrasi Pasukan Pertahanan Diri Darat, Laut dan Udara di negaranya, dijangka akan beroperasi menjelang musim bunga 2025.
Terdedahlah ambisi Jepun cuba meningkatkan kedudukan keselamatan sendiri dalam senario serantau bahkan global melalui penaiktarafan sistem tatakelola dengan negara sekutu dan peningkatan kebergantungan kepada kekuatan ketenteraan AS.
"Tidak berhak berperang dan hanya boleh melakukan pembangunan secara damai" termaktub sebagai Fasal ke-9 dalam "Perlembagaan Kedamaian" Jepun.
Sebagai negara yang pernah kalah dalam Perang Dunia Kedua, Jepun perlu menimba pengalaman dan mengambil iktibar dari sejarah silam, tidak mengejar senjata nuklear dalam apa jua bentuk dan jangan mendekati jalan yang salah yang menuju ke peperangan.