Pemain Tenis China Beraksi Cemerlang di Olimpik Paris

2024-08-02 14:27:48  CRI
Share with:

Pemain tenis dari China, Zheng Qinwen menewaskan pemain nombor satu di dunia, Iga Swiatek dari Poland dengan 6-2 dan 7-5 dalam pertandingan separuh akhir wanita perseorangan Sukan Olimpik di Paris pada Khamis. 

Zheng menjadi pemain tenis China pertama yang berjaya melayakkan diri ke peringkat final perseorangan wanita Sukan Olimpik. 

Pada hari yang sama, pemain beregu campuran China, Wang Xinyu dan Zhang Zhizhen mengalahkan pemain dari Belanda, Demi Schuurs dan Wesley Koolhof, berjaya mara ke pertandingan akhir. Ini juga kali pertama pemain China menyertai pertandingan beregu campuran tenis Sukan Olimpik.