'Ekonomi Musim Panas' Mangkin Pelancongan Luar Bandar
2024-08-02 16:16:47 CRI
Kawasan peranginan popular di daerah Dianjun, bandar Yichang, provinsi Hubei menyaksikan kehadiran ramai pengunjung sempena cuti sekolah musim panas ketika ini.
Dengan memanfaatkan kelebihan dari segi persekitaran ekologi, kerajaan tempatan giat memacu ‘ekonomi musim panas’ dengan memperkenalkan pelbagai pakej pelancongan budaya yang menarik.
Inisiatif berkenaan turut membantu memajukan industri katering dan inap desa tempatan sekali gus memangkin pembangunan pelancongan luar bandar.