AS Menghasut, Filipina Terpedaya Angguk-angguk

2024-08-02 16:12:46  CRI
Share with:

Filipina sebagai tuan rumah telah bersama dengan Amerika Syarikat (AS) mengadakan mesyuarat menteri luar dan menteri pertahanan "2+2" untuk pusingan baharu pada akhir bulan Julai, yang merupakan edisi kali pertama sejak tahun 2013. 


Sebenarnya sebelum ini, Beijing dan Manila sudah pun mencapai perjanjian sementara tentang gerak kerja selanjutnya berhubung kawalan situasi semasa di perairan terumbu Ren'ai yang dilihat boleh membantu meredakan ketegangan di Laut China Selatan (LCS). 


Bagaimanapun, situasi stabil di LCS  bukan perkara yang diinginkan Washington, dan sikapnya boleh diterjemahkan daripada Pengumuman Bersama Filipina-AS yang baru dikeluarkan itu.


Contohnya, Washington mengulangi komitmennya terhadap keamanan Manila, menegaskan Perjanjian Pertahanan Bersama AS-Filipina berkuatkuasa di LCS, menyeru Manila bersama dengan negaranya, Jepun dan Australia memperhebat penyelarasan pertahanan dan keamanan bagi menghadapi cabaran bersama. Selain itu, Washington menegaskan bahawa pihaknya akan bersama Tokyo meningkatkan peruntukan kewangan kepada Manila dalam bidang keamanan, ketenteraan dan ekonomi. 


Setelah mesyuarat itu berakhir, Setiausaha Negara AS, Antony Blinken mengumumkan bekalan USD500 juta (RM2.26 bilion) kepada Filipna bagi memperkasakan pertahanan negaranya. Presiden Filipina, Ferdinand Romualdez Marcos ketika ditemui Blinken telah menyeru agar pertemuan antara kedua-dua pihak perlu diadakan secara berkala, supaya Manila boleh mendapat bantuan apabila "menghadapi China dengan fleksibel" dan menangani ketegangan maritim.


Kecenderungan terkini membuktikan, Washington adalah unsur yang paling tidak terkawal yang boleh mempengaruhi dasar Filipina melibatkan China dan LCS. Justeru dengan adanya hasutan dan sokongan dari AS, Filipina barulah mempunyai ambisi yang semakin agresif untuk mencabar China, yang juga merupakan antara sebabnya negara itu bertubi-tubi mencetuskan provokasi di perairan terumbu Ren'ai dan pulau Huangyan sejak tahun yang lalu.


Kenyataan Bersama yang diluluskan dalam Mesyuarat Menteri Luar ASEAN (AMM) ke-57 pada hujung Julai, menekankan peri pentingnya melaksanakan Deklarasi Tatalaku Pihak-pihak Berkepentingan di LCS (DoC) secara komprehensif, berkesan dan lengkap, menggalakkan pencapaian Kod Tatalaku (CoC) secepat mungkin dengan memanfaatkan panduan berkenaan. Ini sama dengan menyangkal saranan yang dikeluarkan Filipina secara sepihak, dan memperlihatkan pendekatan menangani pertikaian LCS secara damai adalah persepakatan ASEAN sedangkan memelihara kedamaian di perairan LCS adalah harapan bersama ASEAN.


Filipina sebagai negara Asia tidak patut dijadikan milik AS. Berdepan dengan hasutan Washington, Manila yang sudah biasa angguk-angguk didesak mengambil sikap yang rasional dan menjaga semangat kejiranan dalam pelaksanaan dasar luarnya di rantau Asia. Ini barulah pilihan tepat yang sejajar dengan kepentingan negaranya dan kesejahteraan rakyat.