Ekonomi Bawah Hutan Jana Pendapatan Petani

2024-08-02 15:33:21  CRI
Share with:

Kaunti autonomi Weichang berpenduduk etnik Manchu dan etnik Mongol di provinsi Hebei berusaha memajukan ekonomi bawah hutan (under-forest economy) dengan bergantung kepada sumber hutan yang kaya pada tahun-tahun kebelakangan ini.


Menerusi model 'koperasi + pangkalan + petani', kerajaan tempatan membimbing kaum tani menanam pelbagai jenis cendawan di dalam hutan seperti Ganoderma lucidum, Tricholoma matsutake dan kulat hitam sehingga membantu petani meningkatkan pendapatan.