Import Eksport Guangxi ke ASEAN Naik 26.7%, Cecah RMB185 Bilion
Dimaklumkan dari Kastam China di bandar Nanning, import dan eksport wilayah Guangxi ke negara-negara ASEAN bagi separuh tahun pertama tahun ini telah meningkat 26.7% tahun ke tahun, dengan mencatat RMB185.62 bilion (RM116.6 bilion), iaitu satu rekod baharu dalam sejarah.
Seiring dengan integrasi rantai industri dan pembekalan yang semakin rapat antara kedua-dua pihak, import dan eksport komoditi pertengahan (intermediate goods) melantun 36.8%, mencapai RMB92.12 bilion (RM57.86 bilion).
Produk pertanian sebagai produk utama yang diimport Guangxi dari negara-negara ASEAN, telah meningkat 0.7%, manakala perkakasan elektrik untuk kegunaan isi rumah, bateri litium dan automobil yang kesemuanya tergolong dalam kategori produk elektronik dan permesinan yang merupakan produk utama dalam eksport Guangxi ke negara-negara ASEAN, masing-masing naik 67.4%, 225.5% dan 20.1%.