Tempa Nama dalam Sejarah Sukan Olimpik, China Tiga Emas Sehari
Pemain tenis negara China, Zheng Qinwen muncul sebagai johan acara perseorangan wanita dalam Sukan Olimpik 2024 selepas mengalahkan pemain dari Croatia, Donna Vekic dengan 6-2, 6-3 di Roland Garros, Paris pada malam Sabtu waktu tempatan, dan berjaya membawa pulang pingat emas China yang pertama bagi acara tersebut dalam sejarah Sukan Olimpik.
Menurut Qinwen, berjuang hingga saat terakhir adalah keazaman yang dibuatnya sebelum bermulanya pertandingan. “Saya tidak memberikan jalan berundur kepada diri sendiri, dan hanya berjuang sehingga mencapai kemenangan,” katanya.
Pada hari yang sama, dua pemain negara China bertemu dalam perlawanan akhir acara perseorangan wanita Ping Pong, dan akhirnya Chen Meng menudukkan Sun Yingsha dengan 4-2. Pingat emas acara ini tidak pernah tercicir pada tangan pemain negara asing sejak acara Ping Pong tersenarai sebagai acara rasmi Sukan Olimpik pada tahun 1988.
Pasukan China juga berjaya meraih pingat emas dan perak pada satu masa setelah pertandingan akhir acara beregu wanita badminton berakhir, yang dijuarai pasangan Chen Qingchen dan Jia Yifan.
Setakat ini, kontinjen China mengungguli ranking dunia dengan menggondol 16 pingat emas, 12 pingat perak dan 9 pingat gangsa.