Dialog Global "Peluang untuk Dunia dari Pemerkasaan Pembaharuan China pada Era Baharu" untuk Golongan Belia
Sarjana muda, blogger dan pempengaruh dari pelbagai negara termasuk Jerman, Autria, Greece, India dan Sri Lanka telah bersama dengan tetamu China melakukan pembincangan tentang peluang yang dibawa kepada golongan belia di persada dunia dari modenisasi ala China semasa berlangsungnya Dialog Global "Peluang untuk Dunia dari Pemerkasaan Pembaharuan China pada Era Baharu" anjuran Kumpulan Media China (CMG) baru-baru ini.
Bhuvani Tharan, blogger India yang memiliki 1.5 juta penyokong di You Tube yang pernah mengunjungi sebahagian syarikat kenderaan elektrik bateri (BEV) di China seperti BYD, NIO dan Xiappeng menyatakan, China telah melakar prestasi yang amat mengagumkan dalam bidang BEV dan pemanduan tanpa pemandu, dan memainkan peranan sebagai peneraju dalam bidang penjimatan tenaga dan pengurangan pelepasan karbon dioksida, yang dilihat boleh menyediakan peluang dan penggerak besar kepada pembangunan lestari sejagat.
Seorang pempengaruh dari India, Fathima Merlin telah berkongsi dengan penyokongnya melalui klip video tentang "China dalam pembaharuan dan inovasi". "China yang bersejarah dan moden mempunyai pesona yang tidak terhingga. Saya berharap saluran saya dapat dijadikan satu jendela bagi rakyat India mengenali China," katanya.
Seorang pempengaruh Sri Lanka yang aktif dalam You Tube, Chandru menyatakan, berpandangan jauh, kepercayaan pada diri sendiri dan kemandirian merupakan antara faktor-faktor yang membantu China mencapai prestasi yang cemerlang. 'Kuasa produktif kualiti baharu' yang berteraskan inovasi akan menjadi petua bagi China untuk terus menerajui pembangunan global.