Myanmar Rampas Dadah Seberat 2.3 Tan
Menurut laporan media rasmi Myanmar semalam, pihak berkuasa tempatan berjaya merampas dadah seberat 2.3 tan di provinsi Irrawaddy pada 22 Julai yang lalu.
Laporan itu mendedahkan bahawa dadah tersebut dirampas oleh sebuah skuad pengawal keselamatan bersama yang turut menangkap 5 orang suspek di sebuah kapal kargo, dan kemudian menangkap lagi 7 orang suspek lain di provinsi Yangon dan Mandalay.
Hasil siasatan berkenaan mendedahkan bahawa dadah yang sudah dirampas itu, menurut rancangan asalnya, akan dihantar dari Shan State, Myanmar ke kawasan perairan Malaysia.
Kini, badan berkenaan di Myanmar sudah terhadap semua suspek yang ditangkap itu menurut undang-undang, manakala siasatan selanjutnya masih diteruskan.