Airshow China 2024 akan Dirikan Zon Peralatan Tanpa Pemandu

2024-08-05 16:09:45  CRI
Share with:

Pameran Penerbangan dan Aeroangkasa China ke-15, yang lebih dikenali sebagai Airshow China, akan diadakan di bandar Zhuhai, provinsi Guangdong di selatan China pada 12 hingga 17 November. Kini kerja persiapan berjalan lancar.


Pameran kali ini akan buat julung-julung kalinya mendirikan zon demonstrasi peralatan tanpa pemandu. Pasukan aerobatik dari dalam dan luar negara akan menghidangkan persembahan penerbangan yang menarik kepada para pengunjung.


Menurut pihak penganjur, kira-kira 800 syarikat dari 47 negara dan kawasan telah mengesahkan penyertaan mereka dalam Airshow China kali ini.